Monday, 26 December 2011

Permata Hati Umi + Abi

Dalam diam tak diam 2011 akan meninggalkan kita dan bermulanya kehidupan untuk 2012..Banyak kenangan suka duka umi dan abi sepanjang tahun ini..Hadiah paling bermakna sekali ialah kami di anugerahkan seorang puteri yang sempurna sifatnya, sihat alhamdulillah..Hari demi hari dia membesar depan mata, semakin hari semakin banyak keletahnya..Sekarang dia membesar dengan sihat dan bermacam ragam..Tanpanya disisi membuatkan umi dan abi tak keharuan..Sayang..umi dan abi terlalu menyayangi sayang lebih dari nyawa kami sendiri..semoga sayang menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan Akhirat nanti..Amin...


Takziah Buat Dr. Azira

Hari ni kami dikejutkan dengan berita sedih iaitu suami kepada Dr. Azira sedang kritikal di CCU, sempat juga aku dan rakan2 menziarahi beliau..Tetapi selang beberapa jam kami menziarahinya, kami menerima berita bahawa beliau telah meninggal dunia untuk selama-lamanya.. Doaku semoga rohnya dicucuri rahmat dan Dr. Azira tabah menghadapinya..Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya..aku boleh berada ditempatnya,betapa sedihnya hati bila insan tersayang pergi buat selama-lamanya, orang yang terlalu rapat dengan kita,teman tidur, teman suka duka..kini tiada lagi di dunia ini.. buat Dr. Azira, ira doakan semoga allahyarham berada disisi orang yang beriman..semoga Dr. redha dengan pemergiannya..Kita hanya makhluk pinjamanNya sahaja..Al-fatihah..

Wednesday, 14 December 2011

Dirimu Satu...

Ditujukan buat insan tersayang...

Cintai Aku dengan Hatimu
Seperti Aku Mencintaimu
Sayangi Aku dengan Kasihmu
Seperti Aku Menyayangimu...

Sunday, 25 September 2011

Raya Nan Indah...

Tahun ini merupakan Raya Terindah buat Ummi Abi dan Zarin di mana Ummi dan Abi dapat beraya bersama Anakanda tercinta Nur Zarin Khairina...tiada ungkapan yang dapat dilafazkan melain Syukur PadaMu Ya Allah kerana memberikan kebahagiaan ini buat kami Sekeluarga..Tauhn ini seperti biasa kami menyambut secara sederhana saja cuma persiapan utk puteri kesayangan terlebih sedikit di mana ummi telah membeli 12helai baju raya..leka dengan membeli secara online, tup2 tengok dah lebih dari 10helai...cukup untuk raya Aidilfitri ini..raya Haji nanti kena beli baju lain sebab ummi rasa mesti tak muat dengan baju2 yang ini sebab ummi beli saiz yang ngam2 saje..hehe..Apa2 pun kita layan gambar2 famili dan gambar2 puteri2 ummi yang di kandid... :=))






Alkisahnya..Anak Ummi tersayang ni pagi2 lagi dah start muntah..baru pakai baju raya cantik2 dah bau masam jadinya, habis baju ummi dan abi..Anak tersayang tiada masalah walaupun baju ummi berbau masam... Raya tahun ni sakan anak ummi kutip duit raya, dari pagi sampai malam beraya umah ma di Gunong..rasa indah dan bahagia hati ummi bila dapat beraya bersama orang2 tersayang terutama abi dan puteri tercinta dan juga ma dan adik beradik yang lain.. Terima kasih Ya Allah kerana masih diberi peluang kepadaku beraya bersama2 orang yang sentiasa menjadi penawar hati..Ok beralih pada tema hari raya tahun ni, sebenarnya abi mahukan kaler hijau..tapi susah nk dapatkan baju kurung baby kaler hijau..jalan2 cari baju utk baby sikit punyalah payah sebab baby baru umur 5 bulan..mana ada baju utknya melainkan baby yg dah umur 1 tahun..akhirnya ummi terjumpa juga , tapi kalernya gelap dan ada bunga kaler coklat..so ummi dan abi decide nk cari baju kaler coklat utk kami berdua...Last minit ummi pergi soping baju raya utk diri sendiri dan abi..akhirnya jupe juga...Yahoooo...sangat gumbira kerana dapat juga baju kaler coklat walaupun tak seberapa mengeerlip macam baju raya org lain..Tahun ni kami beraya bersederhana saja..Tahun depan baby dah besar dan blh jalan barulah ummi dan abi akan beraya betul2 nanti...Insyaallah ..





Oklah selesai sudah bab hari raya ni..Insyaallah panjang umur murah rezeki kita jupe di entry raya edisi tahun depan..Jupe Lagi....assalamualaikum...

Monday, 19 September 2011

Bila 1 Bulan Anak Ummi...





Alkisah tentang anak ummi yang banyak ragamnya..Masa dalam pantang punyalah baby ni kuat menangis..sentiasa menangis bila berada di rumah ma,masa hari pertama dilahirkan dan dibawa kerumah ma, semuanya ok..tapi bila nk masuk sebulan mula meragam dengan asyik menangis, banyak tok bomoh dah dipanggil..ingatkan ternampak hantu ke apa..tapi still juga nangis..last2 ma suruh kami balik ke rumah Kubang Kerian, sebab kesiankan baby asyik menangis jer.. Bila dah balik KK still juga menangis pada malam pertama itu..kakak ku siap panggil tok bilal belakang umah utk tengok2kan..selepas dari Tok Wan tiup2kan, alhamdulillah baby tak menjerit lagi..Tok Wan kata ada "benda" yang ikut baby sampai ke rumah, that Y la baby asyik nangis jer..Sampai ke hari ini baby dah tak menangis macam di rasuk hantu..mungkin serasi dengan Tok Wan tu... Terima kasih Tok Wan..

Cukur Jambul Bersama Tok Guru...

Hari ini genap 22hari zarin dilahirkan..Kali kedua ummi dan abi ke Masjid Tok Guru, semalam ummi datang tapi tak dapat nk buat cukur jambul sebab terlalu ramai orang..kami terpaksa balik semula kerana kesiankan tok guru sebab terlalu ramai sangat orang yang datang pada hari tu, almaklumlah hari jumaat katakan..semua orang cuti, orang dari luar kelantan pun ramai berduyung2 untuk ambil berkat tok guru..So ummi dan abi pun berbincang untuk balik kerumah saja dan akan datang utk esoknya..



Gambar tak berapa clear sangat sebab minta tolong budak yang ambilkan, dia pulak x reti nk ambil guna BB dan tersalah zoom plak...Dua ni je lah yang sempat disnapnya..alhamdulillah ada juga kenangan baby ummi bersama Tok Guru..Harapan dan doa ummi semoga anak ummi menjadi anak yang solehah sempena ambil berkat dari belah mulut dengan Tok Guru, Semoga di Redhai Allah Dunia dan Akhirat....

MEMPERKENALKAN...

Nama          : Nur Zarin Khairina
D.O.B         : 08hb April 2011
Berat           : 2.74kg
Panjang       : 50.0cm



Inilah dia anak Ummi tersayang..Alhamdulillah genap 38 minggu anak ummi dapat melihat dunia baru Alam Ciptaan Tuhan Yamg Maha ESA. Sungguh terharu apabila melihat anak ummi kini berada didepan mata.. Gambar2 kenangan baby ummi pada hari pertama di lahirkan.. Harapan dan doa ummi semoga anakanda sentiasa berada dalam keadaan sihat dan membesar menjadi anak yang solehah buat ummi dan Abi...


Wednesday, 17 August 2011

Majlis Persandingan...

Hari yg dinantikan telah tiba..semua persiapan berjalan dengan lancar..Alhamdulillah semua adik beradik dapat berkumpul meraikan hari persandingan kami ini..Bersyukur padaMU Ya Allah kerana memberi kebahagiaan buat kami..






Monday, 15 August 2011

HEPPY B.E.S.D.A.Y. SAYANG...





Hari ni 160811 merupakan hari dilahirkan buat insan yang bernama Zabidi Adaham Zahari yang merupakan ENCIK SUAMI kepada irakasmazira yg comel lote ni..huhu..Tiada apa yg nk di tuliskan cuma doa ummi mengiringi abi sentiasa..Semoga ABI dipanjangkan umur, diber kesihatan yang baik,murah rezeki untuk keluarga kita dan sabar mengharungi liku-liku kehidupan berumahtangga serta menjadi ABI yang bertanggungjawab kepada UMMI dan anak kita ZARIN.... I L.O.V.E. U So MUCH dear....



SEMOGA BERBAHAGIA SENTIASA....

Tuesday, 9 August 2011

Majlis Akad Nikah Ijab dan Kabul...

Tepat pada tarikh dan waktu yang ditetapkan kami bakal di ijabkabulkan..Gementar rasa hati walaupun bukan aku yang kena berdepan dengan tok kadi..tapi dag dig dug juga rasanya..Si teruna lagi lah berdebarnya..Kami bakal di nikahkan pada hari Jumaat selepas solat jumaat..Hujan sudah mulai turun pada hari ini almaklumlah musim tengkujuh katakan..Rombongan pihak lelaki masih belum sampai, segala persiapan bagi pihak perempuan telah ready cuma tggu pihak lelaki dan juga tok kadi saje..


Ros Putih lambang kesucian Cinta Antara Kami...


Sambil menanti ketibaan pihak lelaki sempat lagi berposing walaupun hati berdebar2 menanti buah hati yang tak kunjung tiba..Hampir pukul 3 petang barulah rombongan pihak lelaki sampai dalam keadaan hujan lebat..tengok dari riak wajah si teruna dia sangat gelisah n berdebar, terus masuk ke ruang tengah tanpa menghiraukan org lain kerana ingin tenangkan fikiran..hehehe sekali ingat nk ketawa pun ada dengan gelagatnya...


Inilah dia bakal pengantin yang nk tenangkan diri dari gundah kelana..terus masuk ke tempat tiada orang. Sambil menunggu tok imam yang tak sampai2 lagi.. Kini tiba saat yang di nantikan, tok imam pun sampaila..kami terus diberi sedikit nasihat dan ilmu untuk rumah tangga yang akan dibina..Maka tibalah saat untuk di ijabkabulkan, aku pun gementar dan rasa takut juga..yerla takut tak dapat di lafazkan dengan sekali lafaz..







Alhamdulillah dengan 2 kali Lafaz aku telah sah bergelar Permaisuri Hati kepada En. Zabidi Adaham Zahari..Tenks sayang,semoga rumahtangga yang dibina bahagia kekal hingga ke syurga.. I Love U So Much... Lega sudah hati pengantin lelaki ni..almaklumlah selesai sudah saat yang mendebarkan dalam sejarah hidupnya..Selepas selesai sudah akad nikah,majlis membatalkan air sembahyang dan acara bergambar dilakukan, lega hati tak terkata dan terpancar pada raut wajah kami berdua..Segala duagaan dan halangan bagi kami telah pun berakhir..Kami telah berjaya mengharunginya bersama..Syukur padaMu Ya Allah kerana dia ditakdirkan untukku..






Akhir sekali selesai sudah majlis dan semua tetamu yang datang telah pun pulang, maka kami pun melakukan operasi bergambar candid bersama family tercinta..mcm2 aksi ada, tapi tak semua akan dimasukkan di sini..hanya untuk tatapan n kenangan antara ummi dan abi..



Oklah sampai di sini saja entri untuk kali ini..ummi dan abi dah keletihan dan kepenatan melayan tetamu yg ada semua..Permisi dulu...


J.U.M.P.A. L.A.G.I  =))


Monday, 8 August 2011

Alam pertunangan

Hampir sebulan tempoh perkenalan kami, ummi dan abi ambil keputusan untuk bertunang,segala persiapan telah dibuat sedikit demi sedikit,almaklumlah abi kerja jauh dari ummi..kita hanya blh jupe bila weekend saje..Yang paling seronoknya apabila hujung minggu bila ummi dan abi blh jupe..hehehe,riangnye sang hati x sabar utk berjupe pujaan hati..Yahooo...



Saat yang dinanti telah tiba, Yang paling kelakar hari tu rombongan pihak lelaki cakap nk datang hanya 3 buah kereta, tapi tup2 yang datang lebih dari 10 buah..terkejut kami,manalah tau kan takut makan yang disediakan tak mencukupi..papehal pun kami bersyukur kerana majlis semuanya berjalan lancar...


Hasil dari perbincangan dan kata sepakat kedua belah pihak..kami menetapkan tarikhnya pada waktu cuti sekolah memandangkan ramai sanak saudara yg berada jauh diperantauan..

Orang kuat di pihak perempuan ialah yg baju purple tudung bunga tu..dialah ma kesayanganku dunia akhirat dan yg sebelah baju kuning tu assistant kepada director sebelah tu merangkap abg iparku yg paling rapat dgnku..time kasih abg ki sbb sudi jadi org kuat dlm majlis ni..Selepas selesai acara perbincangan maka tibalah acara menyarung cincin dan seisi bergambar kedua belah pihak....



Terima kasih pada kawan2 mak-mak datin yang sudi dtg meraikan majlis kami ini..semua terkejut ingatkan majlis perkahwinan kami..rupanya majlis pertunangan sbb aku saja bgtau jemput dtg utk makan2 sambil jupe kwn2 yg dah lama menyepi...



Kawan 2 zaman alam persekolahan..sekali jupe sakit perut masing2 dgn citer2 gosip yang terbaru..Tenks my dear frens sbb sudi dtg..Missed u oalls..

Selepas selasai majlis,kami sekeluarga mengabadikan kenangan utk di simpan pada anak cucu cicit kami nanti,,gambar famili dan gbr bersama adik beradik..




Yang baju itam tu adik laki kesayangan bonda a.k.a anak manja merangkap photographer aku sekali..Tiap kali ada majlis dialah org kuat yg kena amik gbr kami semua..

Sememangnya alam pertunangan ini mmg seronok n mencabar buat kami kerana jarak jauh..Tapi nak seribu daya tak nak seribu dalih..dugaan mcm mana pun kami tetap terima..Syukur padaMu Ya Allah kerana telah temukan kami tanpa di rancang..






Selesai sudah bab alam pertunangan..nti ummi akan masukkan entri lain di lain waktu..dah xder idea nk dimasukkan..jupe lagi tata tituuuu....