Kisah Kehidupan Kekeluargaan, Kebahagiaan, Kegembiraan dan Kesedihan Antara Abi + Ummi dan Zarin..
Wednesday, 17 August 2011
Majlis Persandingan...
Hari yg dinantikan telah tiba..semua persiapan berjalan dengan lancar..Alhamdulillah semua adik beradik dapat berkumpul meraikan hari persandingan kami ini..Bersyukur padaMU Ya Allah kerana memberi kebahagiaan buat kami..
Monday, 15 August 2011
HEPPY B.E.S.D.A.Y. SAYANG...
Hari ni 160811 merupakan hari dilahirkan buat insan yang bernama Zabidi Adaham Zahari yang merupakan ENCIK SUAMI kepada irakasmazira yg comel lote ni..huhu..Tiada apa yg nk di tuliskan cuma doa ummi mengiringi abi sentiasa..Semoga ABI dipanjangkan umur, diber kesihatan yang baik,murah rezeki untuk keluarga kita dan sabar mengharungi liku-liku kehidupan berumahtangga serta menjadi ABI yang bertanggungjawab kepada UMMI dan anak kita ZARIN.... I L.O.V.E. U So MUCH dear....
SEMOGA BERBAHAGIA SENTIASA....
Tuesday, 9 August 2011
Majlis Akad Nikah Ijab dan Kabul...
Tepat pada tarikh dan waktu yang ditetapkan kami bakal di ijabkabulkan..Gementar rasa hati walaupun bukan aku yang kena berdepan dengan tok kadi..tapi dag dig dug juga rasanya..Si teruna lagi lah berdebarnya..Kami bakal di nikahkan pada hari Jumaat selepas solat jumaat..Hujan sudah mulai turun pada hari ini almaklumlah musim tengkujuh katakan..Rombongan pihak lelaki masih belum sampai, segala persiapan bagi pihak perempuan telah ready cuma tggu pihak lelaki dan juga tok kadi saje..
Ros Putih lambang kesucian Cinta Antara Kami...
Sambil menanti ketibaan pihak lelaki sempat lagi berposing walaupun hati berdebar2 menanti buah hati yang tak kunjung tiba..Hampir pukul 3 petang barulah rombongan pihak lelaki sampai dalam keadaan hujan lebat..tengok dari riak wajah si teruna dia sangat gelisah n berdebar, terus masuk ke ruang tengah tanpa menghiraukan org lain kerana ingin tenangkan fikiran..hehehe sekali ingat nk ketawa pun ada dengan gelagatnya...
Inilah dia bakal pengantin yang nk tenangkan diri dari gundah kelana..terus masuk ke tempat tiada orang. Sambil menunggu tok imam yang tak sampai2 lagi.. Kini tiba saat yang di nantikan, tok imam pun sampaila..kami terus diberi sedikit nasihat dan ilmu untuk rumah tangga yang akan dibina..Maka tibalah saat untuk di ijabkabulkan, aku pun gementar dan rasa takut juga..yerla takut tak dapat di lafazkan dengan sekali lafaz..
Alhamdulillah dengan 2 kali Lafaz aku telah sah bergelar Permaisuri Hati kepada En. Zabidi Adaham Zahari..Tenks sayang,semoga rumahtangga yang dibina bahagia kekal hingga ke syurga.. I Love U So Much... Lega sudah hati pengantin lelaki ni..almaklumlah selesai sudah saat yang mendebarkan dalam sejarah hidupnya..Selepas selesai sudah akad nikah,majlis membatalkan air sembahyang dan acara bergambar dilakukan, lega hati tak terkata dan terpancar pada raut wajah kami berdua..Segala duagaan dan halangan bagi kami telah pun berakhir..Kami telah berjaya mengharunginya bersama..Syukur padaMu Ya Allah kerana dia ditakdirkan untukku..
Akhir sekali selesai sudah majlis dan semua tetamu yang datang telah pun pulang, maka kami pun melakukan operasi bergambar candid bersama family tercinta..mcm2 aksi ada, tapi tak semua akan dimasukkan di sini..hanya untuk tatapan n kenangan antara ummi dan abi..
Oklah sampai di sini saja entri untuk kali ini..ummi dan abi dah keletihan dan kepenatan melayan tetamu yg ada semua..Permisi dulu...
J.U.M.P.A. L.A.G.I =))
Monday, 8 August 2011
Alam pertunangan
Hampir sebulan tempoh perkenalan kami, ummi dan abi ambil keputusan untuk bertunang,segala persiapan telah dibuat sedikit demi sedikit,almaklumlah abi kerja jauh dari ummi..kita hanya blh jupe bila weekend saje..Yang paling seronoknya apabila hujung minggu bila ummi dan abi blh jupe..hehehe,riangnye sang hati x sabar utk berjupe pujaan hati..Yahooo...
Saat yang dinanti telah tiba, Yang paling kelakar hari tu rombongan pihak lelaki cakap nk datang hanya 3 buah kereta, tapi tup2 yang datang lebih dari 10 buah..terkejut kami,manalah tau kan takut makan yang disediakan tak mencukupi..papehal pun kami bersyukur kerana majlis semuanya berjalan lancar...
Hasil dari perbincangan dan kata sepakat kedua belah pihak..kami menetapkan tarikhnya pada waktu cuti sekolah memandangkan ramai sanak saudara yg berada jauh diperantauan..
Orang kuat di pihak perempuan ialah yg baju purple tudung bunga tu..dialah ma kesayanganku dunia akhirat dan yg sebelah baju kuning tu assistant kepada director sebelah tu merangkap abg iparku yg paling rapat dgnku..time kasih abg ki sbb sudi jadi org kuat dlm majlis ni..Selepas selesai acara perbincangan maka tibalah acara menyarung cincin dan seisi bergambar kedua belah pihak....
Terima kasih pada kawan2 mak-mak datin yang sudi dtg meraikan majlis kami ini..semua terkejut ingatkan majlis perkahwinan kami..rupanya majlis pertunangan sbb aku saja bgtau jemput dtg utk makan2 sambil jupe kwn2 yg dah lama menyepi...
Kawan 2 zaman alam persekolahan..sekali jupe sakit perut masing2 dgn citer2 gosip yang terbaru..Tenks my dear frens sbb sudi dtg..Missed u oalls..
Selepas selasai majlis,kami sekeluarga mengabadikan kenangan utk di simpan pada anak cucu cicit kami nanti,,gambar famili dan gbr bersama adik beradik..
Yang baju itam tu adik laki kesayangan bonda a.k.a anak manja merangkap photographer aku sekali..Tiap kali ada majlis dialah org kuat yg kena amik gbr kami semua..
Sememangnya alam pertunangan ini mmg seronok n mencabar buat kami kerana jarak jauh..Tapi nak seribu daya tak nak seribu dalih..dugaan mcm mana pun kami tetap terima..Syukur padaMu Ya Allah kerana telah temukan kami tanpa di rancang..
Selesai sudah bab alam pertunangan..nti ummi akan masukkan entri lain di lain waktu..dah xder idea nk dimasukkan..jupe lagi tata tituuuu....
Subscribe to:
Posts (Atom)