Monday, 26 December 2011

Permata Hati Umi + Abi

Dalam diam tak diam 2011 akan meninggalkan kita dan bermulanya kehidupan untuk 2012..Banyak kenangan suka duka umi dan abi sepanjang tahun ini..Hadiah paling bermakna sekali ialah kami di anugerahkan seorang puteri yang sempurna sifatnya, sihat alhamdulillah..Hari demi hari dia membesar depan mata, semakin hari semakin banyak keletahnya..Sekarang dia membesar dengan sihat dan bermacam ragam..Tanpanya disisi membuatkan umi dan abi tak keharuan..Sayang..umi dan abi terlalu menyayangi sayang lebih dari nyawa kami sendiri..semoga sayang menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan Akhirat nanti..Amin...


Takziah Buat Dr. Azira

Hari ni kami dikejutkan dengan berita sedih iaitu suami kepada Dr. Azira sedang kritikal di CCU, sempat juga aku dan rakan2 menziarahi beliau..Tetapi selang beberapa jam kami menziarahinya, kami menerima berita bahawa beliau telah meninggal dunia untuk selama-lamanya.. Doaku semoga rohnya dicucuri rahmat dan Dr. Azira tabah menghadapinya..Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya..aku boleh berada ditempatnya,betapa sedihnya hati bila insan tersayang pergi buat selama-lamanya, orang yang terlalu rapat dengan kita,teman tidur, teman suka duka..kini tiada lagi di dunia ini.. buat Dr. Azira, ira doakan semoga allahyarham berada disisi orang yang beriman..semoga Dr. redha dengan pemergiannya..Kita hanya makhluk pinjamanNya sahaja..Al-fatihah..

Wednesday, 14 December 2011

Dirimu Satu...

Ditujukan buat insan tersayang...

Cintai Aku dengan Hatimu
Seperti Aku Mencintaimu
Sayangi Aku dengan Kasihmu
Seperti Aku Menyayangimu...