Sunday, 17 July 2011

Kisah Kehidupan..

                                                                      Abi Vs Ummi
Kisah kehidupan antara ummi dan abi..Semuanya tidak dirancang dan mungkin Allah telah tentukan jodoh kami, ummi diperkenalkan kepada abi melalui kawan ummi dan merupakan kawan kepada abi juga, Tenks to En.Shahreen a.k.a Rajawali hehehe.. Bermula dari situ,abi telah mengambil contact number ummi dan mencuba buat pertama kalinya untuk menghubungi ummi di telefon, selepas seisi suai kenal kami mula rapat dan mesra, Ummi senang berkawan dengan abi walaupun hanya dalam telefon dan alam siber kerana abi sibuk dengan kerjanya di Kemamam dan ummi di bumi kelantan. Pertemuan telah diatur selepas abi pulang dari Bintulu dan ummi bersedia untuk menunggu abi di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Hati rasa berdebar kerana 1st time nk bertentang mata dgn abi, tunggu punya tunggu muncullah mamat ensem kepala botak dari balai ketibaan. Ummi nampak abi malu2 bila mula2 berjumpa.. Hadiah pertama yang ummi dapat dari abi ialah kek lapis Sarawak,hahaha lucu sgt sbb abi baru balik meeting dari Bintulu Sarawak, itu jer lah yang sempat dibelinya..Tenks abi, sedap sangat kek lapis tu,sekali bedal jer kek lapis tu x sempat nk simpan untuk raya pun.. Apa pun pertemuan pertama ini sentiasa terselit dalam memori indah antara ummi dan abi, dan entri ini khas ummi abadikan untuk tatapan anakanda ummi yang tersayang..Nur Zarin Khairina..

No comments:

Post a Comment